Ada Ahli Politik Muda Layak Jadi PM – Mahathir

Ada Ahli Politik Muda Layak Jadi PM – Mahathir

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui terdapat ahli politik muda berbakat yang boleh diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri.

Namun Ahli Parlimen Langkawi itu enggan menamakan ahli politik yang beliau maksudkan itu.



“Ada dalam arena politik memang ada yang berbakat, orang muda… tidak bolehlah kita tak boleh bagitau,” dalam program Ruang Bicara dengan tajuk ‘Mencari Malaysia Yang Lebih Baik’ yang disiarkan di Bernama TV malam tadi.

Dalam temu bual itu juga Dr Mahathir menjelaskan beliau berhasrat menghalang wakil rakyat lompat parti sekiranya diberi peluang untuk menambah baik Perlembagaan Negara.

Beliau menjelaskan apa yang berlaku masa ini terdapat wakil rakyat yang lompat parti kerana mengejar kedudukan sebagai menteri dan sebagainya.

“Mungkin kita haramkan lompat katak, no more lompat, anda lompat hilang jawatan, hilang keahlian dalam dewan dan itu akan hentikan mereka dari lompat sebab tidak jadi wakil rakyat tidak bolehlah jadi menteri.



“Itu kita boleh buat, tetapi yang lebih utama rakyat sekarang dikatakan 53 peratus bosan dengan politik sebab orang politik tidak kira lain untuk diri mereka saja,” katanya lagi.

Disebabkan aktiviti lompat parti dan rasuah itu jugalah Pejuang ditubuhkan bagi memastikan wakil rakyat yang dipilih menumpukan tugas kepada agama, rakyat dan negara.

Dr Mahathir menjelaskan, Pejuang disertai oleh golongan professional dan orang muda yang tidak dikenali dalam bidang politik.

“Parti Pejuang ini bukan terdiri dari orang yang terkenal dalam politik, mereka adalah profesional yang sayang kepada negara.



“Kita uji mereka kenapa nak masuk Pejuang. Kalau nak jadi wakil rakyat, okay you can join other party. Dalam Pejuang kita bukan nak masuk sebab nak jadi wakil rakyat.

“Kalau tidak dipilih jadi calon pun akan sokong Pejuang, mereka ini semua angkat sumpah, pegang Quran angkat sumpah bahawa kami akan akur dengan perjuangan Pejuang,” katanya.

Beliau menjelaskan kebanyakan mereka yang dipilih menyertai Pejuang adalah muka baharu yang tidak terpalit dengan sebarang masalah jenayah.-Awani

Ada Ahli Politik Muda Layak Jadi PM – Mahathir




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Kekal jadi kerisauan jika calon PM ke-9 tidak dapat majoriti besar – Kolonel Bersekutu

Agong mahu keabsahan PM baru diuji di parlimen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker