PRN Negeri Sembilan: 7 kertas siasatan dibuka – Polis
PRN Negeri Sembilan: 7 kertas siasatan dibuka – Polis

SEREMBAN: Tujuh kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya dibuka dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 setakat semalam, kata Ketua Polis negeri, Datuk Alzafny Ahmad.
Beliau berkata daripada jumlah itu, dua kertas siasatan dibuka semalam membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, iaitu melakukan khianat sehingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda.
“Secara kumulatif dari 18 hingga 22 Julai, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sembilan menerima 12 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, beliau berkata sebanyak 53 permohonan permit bagi penganjuran ceramah serta aktiviti kempen diterima dan diluluskan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan diluluskan kepada 226 permit.
“Kesemua program dan aktiviti politik yang diadakan dipantau PDRM bagi memastikan penganjurannya mematuhi undang-undang serta tidak menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Labuan Wajar Dilengkapi Air Ambulance dan Water Ambulance – Mohd Rafi
- Kerugian KWAP Amat Serius, Wujudkan Jawatankuasa Khas – Bastien
Penyertaan Masyarakat Orang Asli Dalam Dasar Negara Perlu Diperkukuh
Alzafny berkata polis akan terus mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan, pemantauan dan penguatkuasaan sepanjang tempoh berkempen dengan sebarang pelanggaran undang-undang akan diambil tindakan tegas.
“Orang ramai diseru untuk terus mematuhi undang-undang, menghormati proses demokrasi serta memberikan kerjasama kepada PDRM bagi memastikan pilihan raya berlangsung secara aman, harmoni dan teratur,” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal PRN Negeri Sembilan pada 28 Julai manakala hari mengundi 1 Ogos.
PRN Negeri Sembilan: 7 kertas siasatan dibuka – Polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Cukup-cukuplah Fitnah Tabung Haji’ – Mohd Razlan
- Kerjasama Dan Persefahaman Elak Undi Berpecah, Kukuhkan Kemenangan BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Campur Adukkan PRN, PRU Dan Kerajaan Pusat – Dr Asyraf
You must be logged in to post a comment.