Pengantin lelaki maut lima hari selepas bersanding

Pengantin lelaki maut lima hari selepas bersanding

Pengantin lelaki maut lima hari selepas bersanding
Ahli keluarga, Nor Hazulaini Che Deraman (kiri) dan Samsiah Samit melihat gambar perkahwinan anaknya, Nadiatull Safera Samsun dan menantu, Allahyarham Adam Harif Abdullah yang meninggal dunia dalam kemalangan semalam. Foto Faiz Anuar/NSTP

KLANG: Suasana meriah majlis perkahwinan yang diraikan pada Sabtu lalu bertukar pilu apabila pengantin lelaki maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Meru Tambahan, Klang, pagi semalam.

Lebih memilukan, majlis tahlil untuk arwah Adam Harif Abdullah, 21, diadakan di lokasi sama dia diraikan sebagai pengantin bersama isteri, Nadiatull Safera Samsun, 18, iaitu di rumah keluarga mentua arwah di Jalan Nenas, Kampung Meru, dekat sini.

Ketika ditemui di rumahnya, Nadiatull Safera, kelihatan sugul dan termenung, masih terkejut dengan kejadian yang menimpa arwah suaminya.

Ibu mentua Allahyarham Adam Harif, Nor Hazulaini Che Deraman, 42, berkata ketika kejadian beliau berada di Tumpat, Kelantan kerana menjaga ibu yang uzur.

“Saya baru sahaja pulang ke Tumpat selepas menghadiri majlis perkahwinan mereka pada Sabtu. Kami sempat berjumpa seketika, tak sangka beberapa hari selepas kenduri, kami berkumpul semula di sini untuk majlis tahlil,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Nor Hazulaini berkata, sepanjang mengenali Adam Harif, 21,menantunya itu seorang yang baik, tidak berkira dan mudah menerima nasihat.

“Kalau ditegur, dia akan dengar. Saya memang sayangkan dia dan sangat terkilan dengan apa yang berlaku. Masa majlis pun dia nampak seperti biasa, tiada sebarang perubahan.

“Saya reda dengan ketentuan ini tetapi sekarang saya perlu kuat untuk menemani anak saya kerana semuanya berlaku terlalu pantas,” katanya.

Sementara itu, ibu saudara kepada pengantin perempuan, Samsiah Samit, 63, berkata dia mengetahui kejadian itu ketika menghadiri mesyuarat di Puncak Alam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hubungan Baik Dengan Rakyat Beri Kelebihan Kepada Ismail Pertahan Juasseh


“Saya ternampak mesej mengenai satu kemalangan sebelum menantu saya menghubungi dan memberitahu mangsa ialah pengantin yang kami baru raikan Sabtu lalu.

“Saya terus menghubungi ibu Safera untuk memaklumkan perkara itu sebelum menghubungi adik saya (bapa Nadiatull Safera). Ketika berada di tempat kejadian, Safera menggigil, mungkin tidak percaya dengan apa yang berlaku,” katanya.

Samsiah berkata, arwah seorang yang berbudi bahasa, mendengar kata dan disenangi seluruh keluarga.

“Dia memang budak yang baik. Sebab itu kami semua sangat menyayanginya. Kehilangannya amat dirasai oleh seluruh keluarga,” katanya.

Semalam, media melaporkan operator kilang maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan tercampak ke laluan bertentangan sebelum terkena bahagian tepi lori.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol, berkata dalam kemalangan kira-kira jam 8.50 pagi, mangsa maut di tempat kejadian dan kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa yang dalam perjalanan ke tempat kerja dari arah Klang menghala Puncak Alam terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan lalu.

Pengantin lelaki maut lima hari selepas bersanding


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Campur Adukkan PRN, PRU Dan Kerajaan Pusat – Dr Asyraf

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker