Ramai Luah Kekecewaan..Tempahan Vaksin AstraZeneca Ditutup Selepas Sejam DiBuka,

Tempahan janji temu untuk pusingan kedua Inisiatif Pelawaan Pengambilan Vaksin AstraZeneca ditutup selepas satu jam ia dibuka.

Perkara itu dimaklumkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi akaun Twitter mereka.

“Mereka yang layak akan menerima janji temu dalam masa terdekat.

“Terima kasih bagi mereka yang mendaftar untuk membantu negara mencapai imuniti kelompok,” memetik kenyataan itu.

https://twitter.com/JKJAVMY/status/1397424257815048195



Namun, disebalik pendaftaran itu, terdapat mereka yang turut meluahkan kekecewaan kerana mengalami beberapa masalah teknikal seperti gagal memilih negeri, pusat pemberian vaksin (PPV) dan tarikh temu janji.



https://twitter.com/akmrmory/status/1397425229123579906

https://twitter.com/dyannashahh/status/1397425061854781445

Pada masa sama, ada juga pengguna media sosial yang berkongsi kejayaan mereka menempah slot vaksin terbabit, walaupun terpaksa melalui beberapa kesukaran.

https://twitter.com/ArisDoterrrr/status/1397413863058931715

 

Sebelum ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memaklumkan sejuta dos dibuka untuk tempahan kepada individu bawah 60 tahun bagi pusingan kedua vaksin AstraZeneca.

Ia melibatkan untuk penduduk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Kuching dan Miri di Sarawak serta Johor.



Sebelum ini, pendaftaran pusingan kedua vaksin itu bermula 23 Mei hanya dibuka kepada golongan lebih 60 tahun.

Seramai 228,347 orang telah mendaftar untuk menerima AstraZeneca.

Ramai dakwa slot AstraZeneca penuh hanya 30 minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker