Ramai dakwa slot AstraZeneca penuh hanya 30 minit


PETALING JAYA – Pengguna Twitter mendakwa pendaftaran vaksin AstraZeneca yang dibuka hari ini telah penuh diisi orang ramai.

Seorang pengguna, Azreennnnn memuat naik tangkap layar permohonannya yang menunjukkan tempahan bagi tarikh dan tempat dipilihnya sudah penuh.

Ciapnya: “Letihlah. Dah pilih negeri pastu tekan hampir semua tarikh, akhirnya keluar ini sahaja.”

Pengguna bernama Hakimi berkata, tarikh dipaparkan di laman web tersebut berwarna hijau namun apabila ia ditekan, dia dimaklumkan bahawa ia sudah penuh.

“Semua hijau tapi kata penuh?” ciapnya yang dibalas pengguna lain yang mengatakan perkara serupa berlaku padanya.

Sistem pendaftaran vaksin yang dilaporkan mengalami masalah
Ciap Linda Zakaria: “Kotak itu masih hijau, tapi tarikh dan lokasi itu sudah penuh. Huh.”

Pengguna bernama Riz46S pula berkata, dia tidak mahu lagi mengambil vaksin ekoran masalah tersebut.

“Ekoran (masalah) ini, saya mahu menjadi antivaksin,” ciapnya.

Terdahulu, MySejahtera menerusi ciapannya memaklumkan, trafik di aplikasi MySejahtera sangat tinggi.

“Sebilangan daripada anda mungkin tidak dapat mengakses fungsi tertentu. Log masuk sebentar lagi apabila trafik sudah perlahan. Terima kasih,” ciapnya.

Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata, lebih daripada 300,000 tempahan janji temu vaksin AstraZeneca pusingan kedua telah dibuat.

“Kami maklum masih ada yang tidak boleh berbuat demikian. Sila cuba lagi sebentar nanti,” ciapnya. K Onlinel

Lebih 1.24 juta dos vaksin AstraZeneca ditawarkan untuk warga emas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker