Resepi Cucur Udang Ranggup Luar Lembut Dalam

Sebaran :

Resepi Cucur Udang Ranggup Luar Lembut Dalam
Resepi Cucur Udang Ranggup Luar Lembut Dalam

Petang-petang kena cucur udang dengan kopi memang best. Resepi cucur udang ini cukup mudah dan senang saja nak buat.

Bahan-Bahan:



Tepung gandum 1/2 kilo (tak kisah cap apa)*
Serbuk kunyit sedikit (jika perlu)*
Garam secubit*
Gula 2 sudu besar*
Telor 1 biji*
Sedikit serbuk soda bikarbonat*
Daun Kuchai
Taugeh
Udang – cuci bersih tanpa membuang kulit

Cara-cara Membancuh Adunan Tepung:

1. Campur semua bahan-bahan bertanda * gaul-gaul rata. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit gaul-gaul sampai sebati sehingga hilang ketulan-ketulan tepung.


2. Setelah sebati semua baru masukkan daun kuchai, taugeh dan udang. Gaul-gaul rata ketepikan rehatkan doh sebentar anggaran masa setengah jam.

3. Setelah cukup tempoh perapan bolehla digoreng seperti cucur-cucur yang biasa kita buat. Lebihkan dan panaskan minyak terlebih dahulu kemudian baru tuangkan aduanan dengan menggunakan tangan, toskan setelah masak.

Bahan-Bahan Untuk Kuah Kacang:

Setengah kilo kacang tanah yang digoreng tanpa minyak atau disangai, buangkan kulit dan kemudian kisar kering sehingga hancur.

15 biji Cabai kering potong dan rendamkan dengan air sehingga kembang*
Bawang besar 1 labu*
Bawang putih 2 ulas*
Serai 1 batang*

Cara-cara Membuat Kuah Kacang:

1. Kisar semua bahan-bahan bertanda * kemudian masukkan minyak ke dalam periuk untuk menumis, setelah itu masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.

2. Masak sehingga pecah minyak kemudian masukkan air dan kacang tanah yang dikisar, anggaran air mengikut kepekatan citarasa kuah masing-masing.

3. Masukkan gula, garam secukup rasa dan bahan perasa jika perlu, masak sehingga pecah minyak dan betul-betul masak. Kemudian tutup api, siap! dan boleh dihidangkan bersama cucur udang tadi.

Selamat mencuba semua, semoga berjaya.

Resepi Mazitah Ahmad Nur Solehah

Resepi Cucur Udang Ranggup Luar Lembut Dalam


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Cucur Badak, sempoi baq hang


Sebaran :

Leave a Reply