Conteng meja punca dua pelajar perempuan gaduh

TANGKAP layar rakaman menunjukkan dua pelajar perempuan bergaduh di sebuah stadium di Kluang yang tular sejak semalam.

KLUANG: Hanya kerana menconteng meja rakan sekelas, dua pelajar perempuan di sebuah sekolah di sini sanggup bergaduh sehinggakan rakaman tersebut tular dalam media sosial.

Pergaduhan itu dirakam di sebuah stadium di Taman Kluang Barat, dekat sini dan menjadi tular sejak semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian itu pada pukul 2.15 petang.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati punca sebenar pergaduhan hanya bermotifkan rasa tidak puas hati di antara dua pelajar tersebut semasa di dalam kelas selepas salah seorang menconteng meja rakannya.



Kes tersebut disiasat mengikut Seksen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai sentiasa menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku kejadian jenayah di kawasan mereka supaya tindakan segera dapat diambil

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central



Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker