Anak Muda Gombak Buat U-Turn, Sokong Calon BN

Anak Muda Gombak Buat U-Turn, Sokong Calon BN

Majoriti anak muda Parlimen Gombak akan memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon BN Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar dengan yakin berkata, perkara itu disuarakan sendiri anak muda kepadanya susulan ketidakstabilan yang berlaku sewaktu PRU-14.



Very good, saya dapat lihat satu respons yang very positif, syukur Alhamdulilah. Malam tadi di pinggiran Sungai Chin Chin, kita adakan pertemuan dengan anak muda yang cukup ramai.

“Semuanya mengaku akan memberi kepercayaan kepada BN kali ini dan ini very organik bukan satu sokongan yang dibuat tapi sokongan atas apa yang berlaku,” katanya selepas Walkabout di Pasar Pagi Taman Greenwood hari ini.

Jelas Megat Zulkarnain lagi, meskipun mereka tidak mengundi sebelum ini, sokongan anak muda pada PRU15 adalah berdasarkan ‘penbohongan’ yang dibuat Pakatan Harapan (PH) pada PRU14.

“Walaupun mereka tidak mengundi dulu tapi saya terkejut melihatkan anak-anak muda ini tahu kerana banyak benda tersebar di media sosial dengan janji yang tidak tertunai kerajaan terdahulu sewaktu PRU14,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, Megat Zulkarnain turut yakin yang pengundi Gombak boleh menilai kepimpinan kedua- dua tokoh terdahulu berikutan mereka datang daripada kumpulan parti yang sama.



“Pada saya kedua- dua tokoh yang bertanding di Parlimen Gombak ini, mereka telah membuat janji yang sama kerana datang dari pasukan yang sama.

“Inilah saya fikir tuntutan dari rakyat Gombak dan saya berharap mudah-mudahan pengundi muda dapat memberi sokongan kepada kita lebih besar lagi pada PRU ini,” ujarnya. BNO

Anak Muda Gombak Buat U-Turn, Sokong Calon BN

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]



Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker