Suasana tegang apabila calon PH dan PN hampir ‘bercium’ di pasar malam [VIDEO]

Hari kelima kempen pilihan raya umum ke-15 menyaksikan pertembungan dua calon dari dua parti bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Nerus ketika berkempen di Pasar Malam Serdang, Kuala Terengganu, sebentar tadi.

Calon Pakatan Harapan (PH) Shuhaimi Hasnim dan calon Perikatan Nasional (PN) Dr Alias Razak yang secara tidak sengaja bersua muka bagi berkempen di tempat yang sama.

Kehadiran mereka di tempat yang sama itu adalah bagi beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung di kawasan terbabit.

Calon Pakatan Harapan (PH) Shuhaimi Hasnim
Meskipun hujan, kedua-dua calon mengambil inisiatif menyapa peniaga dan pengunjung.



Selain itu, peluang untuk mengedarkan risalah parti turut direbut ketika mendekati pengundi.

Bagaimanapun, ketika Alias sedang beramah mesra dengan pengunjung calon PAS itu didatangi calon PH untuk bersalaman dan bertanya khabar serta bergambar.

Namun, Alias dilihat agak keberatan dan segera melepaskan genggaman tangan Suhaimi yang bersalam dengannya selain dilihat menepis pelukan calon dari PH itu.

Kesal dengan tindakan itu, Suhaimi mempersoalkan mengapa Alias bertindak demikian.



“Masa hari penamaan calon (5 November) pun begitu (tak mahu bergambar sangat), tak tahu kenapa,” katanya sambil berlalu pergi.

Bagaimanapun, kata-kata Suhaimi itu membuatkan penyokong PAS yang turut serta dalam kempen petang tadi berang dan membontoti Suhaimi.

“Cakap molek (elok-elok), apa cakap sedap tu,” katanya berulang kali.

Pada hari penamaan calon di Parlimen Kuala Nerus sebelum ini Alias turut dilihat agak keberatan untuk bergambar bersama calon lain selain segera beredar dari tempat pencalonan selain tidak bermesra dengan calon lawan.



Terdahulu, bekas pemimpin PAS yang kini bertanding atas tiket BN, Khairuddin Aman Razali turut berkempen di pasar malam yang sama selang setengah jam dari kedua-dua calon lawan terbabit turun berkempen.

Selain Alias dan Suhaimi, kerusi Parlimen Kuala Nerus turut ditandingi penyandangnya Khairuddin Aman Razali dan Azaha Wahid dari Pejuang.

-Malaysiakini

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker