Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin kelihatan ketat dengan penyokong lawan yang melaungkan kata ‘pengkhianat’ dan ‘katak’ semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pejabat Daerah dan Tanah Selama di sini pada Sabtu.
Walau bagaimanapun, beliau berkata, sorakan seumpama itu tidak menggambarkan makna sebenar kedudukan sokongan pengundi di kawasan itu kepada dirinya.

Sorakan katak, parti katak dan pengkhianat dilaungkan kalangan penyokong parti itu telah menghangatkan suasana di pekarangan luar pusat penamaan calon Parlimen Larut.

Provokasi tersebut bagaimanapun tidak menimbulkan kekecohan berikutan pemantauan dan kawalan ketat daripada polis.

Mengulas lanjut, Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tindakan dilakukan parti lawan itu hanya menunjukkan keangkuhan dan kesombongan mereka setelah memperolehi kuasa dalam kerajaan.

“Kalau pun mereka mengatakan saya pengkhianat, mereka tidak sedar apa yang saya lakukan adalah untuk rakyat, bukan untuk diri saya.

Pada PRU15 ini, Hamzah yang mewakili Perikatan Nasional (PN) akan mempertahankan kerusi Parlimen Larut yang disandang sejak 2008.

Beliau bakal berdepan saingan empat penjuru dengan Mohd Shafiq Fhadly Mahmud yang mewakili BN, Zolkarnain Abidin daripada Pakatan Harapan(PH) dan Auzaie Fadzlan Shahidi mewakiki Gerakan Tanah Air (GTA).

Pada PRU14 lalu, Hamzah menang kerusi Parlimen Larut atas tiket BN selepas mengalahkan calon Pas, Abu Husin Mohamad dengan majoriti undi sebanyak 4,486.

Hamzah kemudiannya umum keluar dari UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 2019.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker