Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Polis menahan seorang remaja yang disyaki membelasah ibunya kerana tidak mengemaskan rumah mereka di Kampung Lindungan Sungai Way, Petaling Jaya, dekat sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, wanita berusia 44 tahun itu cedera di bahagian muka dan badan.

Beliau berkata, semasa kejadian, lelaki berusia 19 tahun itu dikatakan mengunci pintu depan dan membaling barang perhiasan rumah ke arah mangsa.

“Suspek yang mempunyai satu rekod jenayah lampau itu turut bertindak menumbuk mangsa di bahagian muka dan memijak dada sebelah kiri.

“Bertindak atas laporan ibunya pada Isnin lepas, polis menahan remaja itu pada 7.30 malam dan kini direman sehingga 5 Nov ini bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Menurutnya, suspek yang didapati negatif dadah disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau objek berbahaya.

Beliau turut mengesahkan itu bukan kejadian pertama dan sedang menyiasat sama ada suspek mempunyai masalah mental atau sebaliknya. FMT

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker