A Aida ambil keputusan mengalah

A Aida ambil keputusan mengalah

Penerbit Datuk A Aida dan pelakon Idris Khan bersetuju menyelesaikan kes pelanggaran kontrak penggambaran drama berjudul, Sekali Lagi Cinta Kembali membabitkan mereka secara baik di luar mahkamah.

Pada perbicaraan hari pertama yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, A Aida selaku plaintif menarik balik saman terhadap Idris sebagai defendan kedua tanpa memfailkan semula kes itu.

Pada prosiding yang bermula jam 11.30 pagi, peguam mewakili Idris dari Tetuan Asyraf Vivek dan Wee, Jason Wee memohon supaya kes berkenaan diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Permohonan berkenaan kemudian dipersetujui pihak A Aida. Sehubungan itu penyelesaian yang dibuat di hadapan hakim Zulqarnain Hassan turut mencapai kata sepakat bahawa tiada sebarang tuntutan oleh kedua-dua belah pihak.

Zulqarnian turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada A Aida dan Idris kerana memilih untuk menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah.

“Mahkamah ingin mengucapkan terima kasih kepada defendan dan plaintif kerana memilih untuk selesaikan kes ini di luar mahkamah untuk kebaikan kedua-dua belah pihak,” katanya.

Sementara itu, A Aida ketika ditemui berkata, dia memilih untuk berdamai kerana menganggap Idris seperti adiknya sendiri selain mereka sudah kenal lama.

“Saya dengan Idris pilih untuk selesaikan dengan baik. Maknanya ‘i love you.. you love me’. Saya minta maaf, dia pun sama.

“Keputusan dibuat juga ibarat kakak mengalah dengan adiknya. Saya dengan Idris sudah kenal lama. Dia dibawa ke pejabat saya oleh seorang pelakon lelaki.

“Ketika itu, Idris masih lagi aktif sebagai model dan dia melalui proses uji bakat. Daripada situlah saya tawarkannya berlakon,” katanya.

Dalam pada itu, Idris berkata, dia seboleh mungkin ingin kes membabitkan dirinya diselesaikan secara baik.

“Sejak kes ini berlaku saya tidak pernah berjumpa A Aida. Memandangkan kami sudah lama kenal dan kami pun tidak pernah ada isu, jadi saya anggap ini hanya salah faham daripada pihak saya.

“Saya memang sudah cakap kalau hari ini boleh selesai secara baik, kita berjumpa. Alhamdulillah dapat diselesaikan.

“Lagipun kita satu industri dan tak nak orang dalam industri sendiri bergaduh. Saya juga tidak mahu beri persepsi buruk kepada orang luar mengenai industri seni.

“Kalau kita bergaduh akan mengeruhkan lagi persepsi orang. Saya nak tunjukkan juga kepada orang luar kami bukan macam itu. Semua boleh selesai dengan baik dan ada acaranya,” katanya.

Dalam prosiding sama, defendan pertama iaitu pelakon Amelia Henderson kekal dengan keputusan untuk meneruskan perbicaraan.

Sebelum ini, A Aida mengambil tindakan undang-undang terhadap Idris dan Amelia selepas didakwa menarik diri pada saat akhir daripada membintangi drama terbitan syarikatnya, A Aida Production.

Penerbit itu menjelaskan tindakan berkenaan diambil kerana kecewa dengan sikap tidak profesional pelakon terbabit sehingga menyebabkannya terpaksa menanggung kerugian besar. HM

A Aida ambil keputusan mengalah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS

Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker