Jaga batas, tingkah laku

Jaga batas, tingkah laku

Penyanyi yang juga YouTuber popular Indonesia, Nabila Maharani, 23, mengaku kehidupan yang dinikmati sudah tiada privasi selepas kehadirannya mula dikenali ramai.

Kata penuntut tahun akhir jurusan pengurusan perniagaan di Universiti Muhammadiyyah di Yogyakarta itu, dia kini perlu lebih berhati-hati dalam setiap perkara yang dilakukan.



“Kalau dulu tiada yang mengenali Nabila Maharani, tapi sekarang semua perkara ada batasan dan perlu dijaga.

Daripada tingkah laku, kata-kata dan bicara dalam laman sosial.

“Tidak semua perkara boleh dikongsi untuk tatapan umum, melainkan karya yang dihasilkan.

“Sebenarnya tiada apa yang dirindui dalam kehidupan dahulu. Menjadi artis dan orang biasa memang jauh berbeza.



“Banyak juga insiden yang berlaku pada saya perlu dijadikan pengajaran. Namun, saya berpegang teguh janji dengan ibu bapa. Mereka selalu berpesan agar saya menjaga perilaku dan tidak menyinggung perasaan sesiapa dalam laman sosial termasuk soal berpakaian,” katanya.

Tambah Nabila, walaupun namanya kini sudah melonjak, dia masih Nabila yang dahulu.

“Macam mana peminat kenal saya dahulu, begitulah dengan sekarang. Saya masih orang sama yang ringkas dan tiada gimik mengarut,” katanya.

Nabila ditemui selepas menjayakan Konsert Hype Night In Kuala Lumpur di Kenanga Starxpo, hujung minggu lalu.



Selain Nabila, konsert itu turut menampilkan rakan penyanyi jalanannya, Zinidin dan Tri Suaka, selain Angga Candra, Valdy Nyonk, Ezad Lazim, Amir Masdi dan Najwa Latiff.

Bagi Nabila, sebagai penyanyi yang dikelilingi oleh rakan penyanyi lelaki, dia juga sentiasa mengingatkan diri untuk menjaga batasan.

Apa tidaknya dalam kebanyakan persembahan penyanyi kelahiran Yogyakarta yang aktif memuat naik lagu saduran di saluran YouTube sejak tiga tahun lalu, dia sering kelihatan bersama Zinidin dan Tri Suaka.

“Tidak dinafikan saya sering dikelilingi penyanyi lelaki ketika mengadakan persembahan. Tak kira di mana sahaja, kami selalunya bertiga jadi sudah tentu perlu menjaga batasan.



“Setakat ini, Zinidin dan Tri Suaka menjadi ‘penjaga’ saya, belum pernah ada insiden disentuh peminat lelaki. Namun, saya menerima banyak mesej langsung lamaran lelaki dalam laman sosial, itu sahaja,” katanya.

Bercerita mengenai pembabitan dalam industri nyanyian, Nabila tidak menyangka apabila lagu Buih Jadi Permaidani mengubah kehidupannya dengan sekelip mata.

Lagu asal berjudul Mengintai Dari Tirai Kamar nyanyian kumpulan Exist diubah tajuk Buih Jadi Permaidani itu melonjakkan namanya di Indonesia dan Malaysia.

Kejayaan itu turut mengubah hidup Nabila daripada pemuzik jalanan kepada penyanyi sepenuh masa.



Menerusi YouTube Nabila Suaka, video lagu Buih Jadi Permaidani dibawakan Nabila feat Zinidin Zidan bersama petikan gitar,

Tri Suaka mencecah 135 juta sejak dimuat naik, tahun lalu.

Tidak menafikan lagu saduran melonjakkan nama dan populariti, Nabila berkata, dia bersama rakan penyanyi jalanan, Zinidin dan Tri Suaka tidak memilih hanya lagu popular, sebaliknya selesa menghiburkan peminat dengan semua genre lagu termasuk karya popular dari Malaysia.

“Lagu saduran pertama dinyanyikan, Tanya Hati nyanyian asal kumpulan Pasto, namun lagu Buih Jadi Permaidani menjadi kemuncak kejayaan.



“Kami meraih kejayaan luar biasa menerusi lagu Buih Jadi Permaidani. Daripada penyanyi jalanan di Yogyakarta, kini kehidupan kami berubah secara total.

“Namun begitu, saya tidak sesekali meninggalkan kehidupan sebagai penyanyi jalanan. Saya, Zinidin dan Tri Suaka masih bergelar penyanyi jalanan biarpun sudah menembusi pasaran komersil.

“Saya tak kisah tetap busking lagi, biarpun makin popular. Bagaimanapun, ke mana sahaja melangkah wajah makin dikenali. Kehidupan dua tahun lalu tidak lagi sama seperti hari ini,” katanya. HM

Jaga batas, tingkah laku


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS

Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker