Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS

Bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat, Khairuddin Aman Razali, ditempelak oleh salah seorang pemimpin kanan itu kerana mengajar ahli parti terbabit memberikan undi kepada BN.

Bekas menteri itu juga mendakwa PAS sangat hampir meninggalkan PN – yang didukung parti itu bersama Bersatu – untuk kembali kepada Umno, namun keadaan berubah pada saat-saat akhir.

Menurut Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, Khairuddin tidak memiliki sebarang kelayakan untuk memberikan cadangan berkenaan.



“Dia tidak layak beri nasihat kerana dia bukan lagi ahli PAS,” katanya yang dipetik Utusan Online hari ini.

Semalam Khairuddin secara terbuka meminta ahli-ahli PAS serta orang Islam agar memberikan undi masing-masing kepada BN atas alasan hanya itu caranya untuk mereka menghalang kemenangan PH.

“Sebab apa? Sebab menghalang mudarat PH adalah wajib. Mudarat mesti dihilangkan, sepatutnya mudarat PH dihilangkan dengan muafakat antara PAS dan Umno yang besar sokongannya, 3.4 juta (ahli Umno) campur sejuta (ahli PAS), jadi 4.4 juta orang.

“Tetapi di kala 4.4 juta sokongan tak berlaku, kita nak kena sokong (Umno) yang 3.4 juta orang. Jangan sokong (PAS) yang sejuta campur lagi entah berapa daripada Bersatu yang ada seratus ribu dua ratus ribu ahli saja,” katanya semasa berucap di majlis bersama jentera BN Parlimen Kuala Nerus, Kuala Terengganu.



Takiyuddin juga berkata, Khairuddin tidak sepatutnya menyuarakan pandangan berkenaan.

“Anda (Khairuddin) adalah orang asing bagi PAS sekarang,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman

Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?



Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker