Bukan main sombong, ingat dia boleh menang, Mahathir bengang

#PRU15

Bukan main sombong, ingat dia boleh menang, Mahathir bengang

Mahathir Mohamad bersedia merendahkan diri apabila meminta pihak yang pernah ‘menikamnya’ bekerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, bagaimanapun usahanya gagal apabila Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menolak bekerjasama bersama Gerakan Tanah Air (GTA).



Jelasnya, usaha itu tidak dapat dilakukan kerana PN merancang bertanding di banyak kerusi Parlimen selain Muhyiddin dikatakan masih berminat menjadi Perdana Menteri kali kedua.

“Kita patut dengar permintaan rakyat supaya parti lawan bergabung, baru boleh kalahkan Umno seperti kehendak rakyat. (Betul ke kehendak rakyat)

“Kita pun fikir tak apa, walaupun dia (Muhyiddin) pernah tikam belakang saya, tapi untuk bangsa, negara dan agama, saya sanggup rendahkan diri untuk kerjasama bersama Muhyiddin.

“Tapi bila kita cuba kerjasama bersama PN, dia jawab tak nak kerjasama. Bukan main sombong, konon dia boleh menang bila letak calon di 222 kerusi parlimen dan dia boleh jadi Perdana Menteri kali kedua,” katanya.



Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Rapat Umum GTA Kedah di perkarangan Pejabat Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di sini, malam tadi.

Sebelum ini, GTA dilaporkan dalam rundingan bersama PN dalam menentukan bentuk kerjasama termasuk kemungkinan memastikan calon mereka tidak bertembung di kerusi tertentu.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pejuang berkata, adalah sukar bagi Muhyiddin menjadi Perdana Menteri kali kedua kerana PN tidak akan mampu mencapai majoriti mudah 111 kerusi parlimen.

“Dia (Muhyiddin) masih minat nak jadi Perdana Menteri, tapi PN tak akan boleh menang 111 kerusi. Dia bukan jaguh yang berkhidmat bertahun-tahun dan menyumbang kemajuan negara.



“Apabila dia jadi Perdana Menteri, dia hanya minta penyokong saya menyokong dia agar dia menjadi lebih kuat.

“Walaupun penyokong saya kini tinggal tiga orang sahaja, kami tak akan sokong orang yang pernah mengkhianati kita,” katanya. HM

Bukan main sombong, ingat dia boleh menang, Mahathir bengang


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?



Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker