PAS mahu tipu siapa? Kedah guna lambang PN, Kelantan dan Terengganu lambang PAS

KANGAR: Pas memutuskan penggunaan logo Perikatan Nasional (PN) di Kedah manakala di Kelantan dan Terengganu parti itu kekal menggunakan lambang bulan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, di negeri-negeri lain turut menggunakan logo PN.

“Di Kedah kita pakai simbol PN, Terengganu dan Kelantan kita pakai simbol Pas. Itu strategi politik yang kita telah tetapkan. Akar umbi Pas menerima keputusan tersebut.



“Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga akan menggunakan logo Pas di Kelantan dan Terengganu dalam PRU15,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan calon PN yang bertanding di tiga negeri diterajui Pas iaitu Terengganu, Kedah dan Kelantan berkemungkinan menggunakan logo Pas.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, ketetapan itu akan dimuktamadkan bagi menghadapi PRU15.

Sementara itu, Hashim berkata, Pas juga berkemungkinan mengetengah calon di Sabah dan Sarawak dalam PRU15.



“Insya-Allah ada calon Pas (Sabah dan Sarawak) kita telah luluskan beberapa nama bertanding,” katanya. – UTUSAN

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir



Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker