Syed Hamzah ganti Wan Junaidi?

#PRU15

Syed Hamzah ganti Wan Junaidi?

Wan Junaidi Tuanku Jaafar dikhabarkan tidak mahu mempertahankan kerusi Parlimen Santubong bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Menurut sumber, Ahli Parlimen Santubong selama empat penggal itu meminta untuk tidak dinamakan sebagai calon, sebaliknya mencadangkan partinya, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mencalonkan setiausaha politiknya, Syed Hamzah Syed Paie



Manakala, Nancy Shukri juga dikhabarkan akan bertanding di kerusi Wan Junaidi pada PRU15, dengan sumber parti mengatakan penyandang Parlimen Batang Sadong itu adalah orang terbaik untuk membangunkan kawasan berkenaan menjadi destinasi pelancongan terkemuka.

“Pengalaman sebagai menteri pelancongan, seni dan budaya akan berguna untuk Santubong,” kata sumber itu.

Keputusan muktamad terletak pada Pengerusi GPS Abang Johari Openg, yang juga presiden PBB. Bagaimanapun, Johari memberitahu wartawan baru-baru ini supaya “bertanya kepadanya (Wan Junaidi) dahulu” apabila ditanya mengenai perkara itu.

Sekiranya menteri undang-undang itu berundur daripada PRU15, terdapat spekulasi mengatakan bahawa ahli PBB akan mengesyorkan kepimpinan parti mencadangkan untuk menjadikan Wan Junaidi sebagai senator, supaya beliau boleh dimasukkan ke dalam barisan Jemaah Menteri akan datang.



Kemungkinan mengenai bekas Ahli Parlimen Santubong yang mewakili kawasan itu sejak 2004 tidak mempertahankan kerusinya, mengejutkan beberapa ahli parti dan pemimpin perniagaan.

Setiausaha PBB Batu Lintang, Hadzman Johnny, berkata Wan Junaidi banyak berjasa kepada negeri dan negara sebagai menteri persekutuan, dengan mengambil contoh penggubalan undang-undang anti-lompat parti.

Menyifatkan Wan Junaidi sebagai “mungkin menteri undang-undang terbaik di negara ini”, Hadzman menambah, rugi sekiranya beliau dilepaskan sekarang kerana masih ada undang-undang lain yang perlu dikaji dan diluluskan.

Walaupun beliau menyokong jawatan senator dan jawatan dalam Kabinet untuk Wan Junaidi selepas PRU15, Hadzman menegaskan bahawa ia tidak mungkin berlaku jika Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan persekutuan.



“Apa gunanya jika dia seorang senator tetapi tidak dilantik sebagai menteri?”

Sementara itu, Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sarawak, Richard Wee, berkata jawatan senator dan jawatan dalam Jemaah Menteri akan sesuai untuk mereka yang “telah banyak menyumbang dan masih banyak yang perlu dilakukan untuk negeri dan negara”. FMT

Syed Hamzah ganti Wan Junaidi?


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu



PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker