Perjuangan BERSATU kabur, akar umbi tak dipeduli

Perjuangan BERSATU kabur, akar umbi tak dipeduli

Ketua Bahagian BERSATU Padang Terap, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta, atas alasan hilang kepercayaan terhadap pimpinan BERSATU.

Beliau mendakwa, lebih 1,000 ahli parti bahagian itu dan empat ketua serta ahli jawatankuasa (AJK) beberapa cawangan di Padang Terap turut mengambil tindakan sama.



“Keputusan ini dibuat atas kerelaan tanpa paksaan atau habuan pihak tertentu, ini bukan sebab pilihan raya atau gila jawatan.

“Saya pernah jadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang ketika masih bersama Barisan Nasional (BN) bermula 2008 hingga 2013, selain memegang jawatan Ketua Bahagian BERSATU,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Berikutan itu, beliau memilih untuk mendukung BN dan akan memberi sokongan penuh kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, sekiranya dicalonkan.

“Mahdzir sudah membuktikan pencapaian selama ini dalam membela masyarakat dan memacu pembangunan untuk rakyat di Padang Terap, negeri dan negara.



“Saya bersama ahli yang keluar parti berada dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Penggerak Masyarakat Padang Terap yang saya tubuhkan bagi memberi sokongan kepada calon BN,” katanya.

Syed Sobri berkata, perjuangan BERSATU kelihatan kabur dengan peruntukan untuk Pusat Daerah Mengundi (PDM) juga tidak diberikan.

“Sebahagian besar pimpinan BERSATU ini diulit kuasa dan jawatan seolah-olah berada di kayangan, nasib rakyat di bawah termasuk pimpinan akar umbi tak terbela.

“Di Kedah ini, Bilik Gerakan BERSATU negeri di Alor Setar pun tak berfungsi dan selalunya gelap.



“Di Padang Terap ada 31 PDM dan setiap satu memerlukan RM3,00 hingga RM4,000 untuk beroperasi tetapi peruntukan tak ada.

“Menteri BERSATU pula jika dipanggil ke kawasan terpencil seperti di Padang Terap ini tak mahu turun dan itu antara menyebabkan kami kecewa,” katanya.

Beliau menafikan keputusan diambil itu kerana kecewa dan ada kaitan dengan khabar angin PAS dijangka bertanding di Parlimen itu dan bukannya calon BERSATU.

“Sebelum BERSATU bergabung dalam Perikatan Nasional (PN), kita ada persetujuan iaitu mana-mana kerusi dimenangi BN akan ditandingi BERSATU, manakala kerusi dimenangi PAS kekal kepada parti itu, begitu juga dengan kerusi dimenangi PKR serta AMANAH kekal kepada PAS.



“Jadi kalau pilihan raya negeri (PRN) nanti, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu adalah kerusi PAS. Kita pegang pada prinsip itu dan itu saja yang saya boleh komen,” katanya. BH

Perjuangan BERSATU kabur, akar umbi tak dipeduli


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]



Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker