Kajian rawatan baharu elak kanser prostat merebak

Kajian rawatan baharu elak kanser prostat merebak

Kanser prostat paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki, iaitu satu daripada lapan lelaki dalam menghidapi penyakit itu.

Kebiasaannya penyakit ini dikesan dalam kalangan lelaki berusia 50 tahun ke atas dan risikonya meningkat seiring pertambahan usia mereka.

Apakah tanda utama kanser prostat?

Prostat adalah kelenjar terletak di bawah pundi kencing dan tugas utamanya adalah untuk membuat cecair yang membawa sperma.

Ramai lelaki yang menghidap kanser prostat tidak mempunyai sebarang gejala, kecuali sesetengah menyaksikan perubahan pada cara mereka kencing, namun ia berkemungkinan disebabkan prostat yang membesar.

Bagaimana kanser prostat berlaku?

Kanser prostat berkembang apabila sel dalam prostat mula berkembang tanpa kawalan.

Sesetengah kanser prostat tumbuh dengan perlahan dan tidak menyebabkan sebarang masalah. Malangnya, bagi sesetengah lelaki, kanser prostat berkembang dengan cepat dan merebak ke bahagian tubuh lain.

Justeru, golongan itu memerlukan rawatan untuk menghentikan penyebaran kanser mereka.

Jika kanser prostat mula menular ke kawasan lain, individu itu biasanya menunjukkan beberapa gejala termasuk sakit belakang, sakit pinggang, mati pucuk, darah dalam air kencing dan hilang berat badan.

Kanser itu boleh berlaku apabila sel dalam prostat mula berkembang tanpa kawalan. Ia kebiasaannya berkembang dengan pantas hingga menular ke kawasan lain.

Kesan awal berpeluang sembuh

Rawatan diperlukan pesakit bergantung pada tahap kanser, antaranya pembedahan kanser prostat, yang dikenali sebagai prostatektomi radikal, selain rawatan lain seperti krioterapi, ultrabunyi terfokus berintensiti tinggi (HIFU), brakiterapi dan radioterapi.

Sekiranya dikesan awal, peluang sembuh adalah tinggi dengan 95 peratus pesakit masih boleh hidup selepas lima tahun.

Namun, kira-kira 13 peratus pesakit yang dikesan menghidap kanser prostat berada pada tahap serius, bererti kanser itu sudah merebak ke kawasan lain.

Kanser prostat boleh dirawat termasuk individu yang menghidap penyakit pada tahap serius dirawat dengan terapi hormon, di mana ubat digunakan untuk menghalang atau membuang hormon testosteron.

Namun, hampir semua lelaki yang menghidap penyakit itu turut berdepan isu kerintangan terhadap rawatan berkenaan.

Ketika ini, dianggarkan 350,000 lelaki mati akibat kanser prostat setiap tahun. Justeru, rawatan baharu untuk penyakit itu pada tahap serius amat diperlukan segera.

Penyelidikan rawatan baharu kanser prostat

Menyedari situasi itu, penyelidik dari Pusat Kanser Universiti Newcastle, Dr Jennifer Munkley bersama pasukannya sedang menjalankan penyelidikan untuk membangunkan rawatan baharu kanser prostat bagi menjamin masa depan lebih baik kepada pesakit dan keluarga mereka.

Kajian dengan melihat sel dalam badan disalut dengan gula kompleks, dan kanser mengubah gula itu untuk menggalak ketumbuhan membesar dan merebak.

Lantas, penyelidikan Munkley memberi fokus pada gula itu dan meneroka kaedah bagaimana untuk mengeksploitasinya bagi membangunkan rawatan baharu kanser prostat tahap serius.

Pasukan penyelidik itu menyasarkan gula yang inovatif untuk menghentikan kanser prostat daripada merebak dan membangunkan terapi baharu yang boleh menyelamatkan nyawa.

Rawatan baharu sedang diuji di makmal ketika ini, namun penemuan itu diharap bakal membawa kepada ujian klinikal dan mampu memberi impak pada golongan lelaki yang menghidap kanser prostat. BH

Kajian rawatan baharu elak kanser prostat merebak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker