Ketua Bahagian Bersatu Padang Terap umum keluar parti, sokong Barisan Nasional

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Padang Terap, Datuk Syed Sobri Syed Hashim mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan serta keluar dari parti itu serta-merta.

Menurutnya, keputusan berkenaan dibuat atas kerelaan hati beliau tanpa mana-mana paksaan atau disebabkan habuan yang ditawarkan pihak tertentu.

Namun disebabkan rasa hilang kepercayaan dan keyakinan kepada pimpinan Bersatu yang didakwa memberikan layanan kelas kedua kepadanya, mendorong keputusan berkenaan dibuat.



Tambah beliau, langkahnya untuk meninggalkan parti yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut diikuti lebih 1,000 ahli parti Bersatu Bahagian Padang Terap termasuk beberapa ketua cawangan.

Kesemua mereka jelasnya, akan menyertai sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Penggerak Masyarakat Padang Terap yang mana akan memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15).

“Beberapa ketika hala tuju Bersatu sendiri tidak jelas, kronisme dalam bersatu berleluasa, Perikatan Nasional yang dibentuk pula semakin menenggelamkan peranan Bersatu itu sendiri, urus tadbir Bersatu sama ada di peringkat Negeri dan Pusat terlalu lemah dan tidak bersistem.

“Idealisme pucuk pimpinan Bersatu di peringkat Pusat mahupun negeri Kedah pula tidak berfokus, Bersatu tiada tujuan lain sekadar (selain) memecahkan undi bangsa sendiri, mengamalkan politik dendam, ‘kebencian’ hingga agenda untuk bangsa, agama dan negara tidak terzahir dengan nyata,” dakwanya.



Syed Sobri berkata demikian ketika sidang media khas yang diadakan di Terap Inn, Kuala Nerang pada Isnin.

Tambahnya, perjuangan Bersatu di Padang Terap dan negeri Kedah juga dilihat kabur memandangkan peruntukan tidak diberikan kepada Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk menjalankan gerak kerja.

Beliau turut menafikan bahawa tindakan untuk meletakkan jawatan dan keluar daripada Bersatu, dibuat susulan namanya tidak tersenarai sebagai calon di dalam PRU15.

Syed Sobri turut menolak dakwaan yang mengatakan tindakannya turut mempunyai kaitan dengan desas desus calon daripada Pas akan dipilih mewakili Perikatan Nasional (PN) di Parlimen terbabit.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)



UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]

Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker