Ambil tindakan segera terhadap Tommy, Mahathir – Nicole

Ambil tindakan segera terhadap Tommy, Mahathir – Nicole

Laporan Pasukan Petugas Khas yang menyiasat buku Tan Sri Tommy Thomas yang bertajuk My Story: Justice in the Wilderness mendapati bekas Peguam Negara itu terlibat dalam pelbagai kesalahan berkaitan salah guna kuasa dan hasutan.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Nicole Wong Siaw Ting berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang pantas dan serius terhadap Tommy dan pihak lain yang terlibat termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Tindakan mereka berdua telah mencemar imej sistem kehakiman negara malah menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadapnya.

“Ini bukan perkara kecil yang boleh diketepikan begitu sahaja,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, Pasukan Petugas Khas tersebut menyenaraikan sembilan elemen kemungkinan salah laku Tommy ketika dilantik sebagai Peguam Negara.

Antaranya campur tangan Tommy dalam melantik hakim-hakim, membocorkan rahsia kerajaan, menyalah guna kuasa melantik peguam luar untuk mewakili kerajaan sehingga mencemarkan imej badan kehakiman.

Nicole menambah, sebelum berkuasa, Pakatan Harapan (PH) sering mendakwa mereka memperjuangkan kebebasan dalam sistem kehakiman.

“Tindakan campur tangan dalam bidang kuasa kehakiman itu mengejutkan dan mendedahkan sikap dwistandard dan hipokrit PH,” jelasnya.

Beliau memberitahu, laporan Pasukan Petugas Khas mendapati Tommy terlibat dalam salah guna kuasa.

Nicole berkata, walaupun tidak lagi berkhidmat sebagai Peguam Negara, Tommy mempunyai niat untuk mencapai matlamat tertingginya dan menerbitkan buku kerana tahu beliau mempunyai kekebalan daripada pendakwaan terhadap segala keputusannya.

“Sehubungan itu, Pasukan Petugas Khas mencadangkan supaya kuasa peguam dan pendakwa dipisahkan supaya ia tidak dilemahkan pada masa hadapan,” jelasnya.

Menurut beliau, laporan sama turut menyatakan Tommy telah melangkaui bidang kuasanya dengan membelanjakan sehingga RM3.53 juta untuk melantik peguam luar termasuk seorang peguam dari firma lamanya untuk mengendalikan kes Goldman Sach.

“Ironinya, semua itu berlaku di bawah kerajaan PH. Bagaimana tiada seorang pun yang sedar atau berasa sangsi ketika itu?” soalnya. MG

Ambil tindakan segera terhadap Tommy, Mahathir – Nicole


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker