Polis Kedah sedia pakej fotografi istimewa sempena Deepavali

Polis Kedah sedia pakej fotografi istimewa sempena Deepavali

Polis Kedah giat menjalankan ‘perkhidmatan pakej fotografi’ bagi mengesan kesalahan lalu lintas sempena perayaan Deepavali yang disambut semalam.

Menerusi perkongsian di Facebook rasminya, Polis Kedah memaklumkan anggotanya akan menjalankan pemantauan had laju di sekitar jalan raya Alor Setar dan Jitra.



“Pagi raya ni admin menyediakan pakej fotografi solo atau bersama keluarga di sekitar Alor Setar dan Jitra. Muka pelanggan tak jelas tidak apa yang penting nombor plate jelas

“Pakej disediakan bermula dengan tidak kurang RM300 bagi sekeping gambar, tak kira anda mandi atau tidak, gambar tetap paksa bayar,” tulis akaun tersebut dalam nada berseloroh.

Hantaran tersebut mendapat perhatian warganet, setakat semalam dimuat naik ia telah mendapat 10,000 tanda suka, dan lebih 1,000 perkongsian dan komen, yang rata-ratanya terhibur dengan hantaran tersebut selain mengucapkan selamat bertugas kepada anggota terlibat.

“Ayat padu dan terbaik tuan, semoga permudahkan segala urusan dan tugasan,” tulis pengguna Zai Ahmad Shaharuddin Din.



“Pandai admin tarik warga Facebook komen,” tulis Dewan Pemuda PAS Alor Setar.

“Bagus bagitahu macam ini, orang dah siap sedia perlahan, objektif nak kurangkan kemalangan kalau tak bagi tahu orang tetap bawa laju,” kata Izhar Azri. FMT

Polis Kedah sedia pakej fotografi istimewa sempena Deepavali


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu



PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker