Kes banglo Guan Eng perlu semakan kehakiman – MCA

Kes banglo Guan Eng perlu semakan kehakiman – MCA

Semakan kehakiman perlu dilakukan terhadap kes pembelian banglo di bawah harga pasaran oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Jurucakap MCA, Saw Yee Fung berkata, tindakan itu perlu dilakukan susulan penemuan Pasukan Petugas Khas yang menyiasat buku tulisan Tan Sri Tommy Thomas yang mendapati bekas Peguam Negara itu campur tangan dalam urusan pelantikan hakim-hakim kanan.

“Semakan kehakiman adalah perlu bagi penghakiman yang kontroversi ketika era tersebut.

“Antara kes yang perlu dilihat semula adalah tuduhan salah guna kuasa melibatkan Guan Eng dalam pembelian sebuah banglo di Jalan Pinghorn di bawah harga pasaran,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pada 3 September 2018, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melepas dan membebaskan Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo serta ahli perniagaan Phang Li Koon daripada dakwaan bersubahat.

Ia berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud, melalui representasi dikemukakan pihak pembelaan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menggugurkan tuduhan berkenaan.

Namun, pada prosiding tersebut, pihak pendakwaan memohon supaya Guan Eng yang juga Pengerusi DAP dan Li Koon hanya dilepas tanpa dibebaskan oleh mahkamah.

Peguam kedua-dua tertuduh sebelum ini memohon anak guam mereka dilepas dan dibebaskan.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, dalam keputusannya, bersetuju dengan peguam bela bahawa tuduhan itu tidak boleh dibiarkan tergantung begitu sahaja ke atas kedua-dua tertuduh.

Pada hari yang sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan amat terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang membebaskan Guan Eng daripada tuduhan rasuah.

Dalam perkembangan berkaitan, Yee Fung berkata, semasa Tommy menjadi Peguam Negara, kes-kes di bawah Akta Hasutan 1948 yang melibatkan aktivis-aktivis yang menyokong Pakatan Harapan PHse perti bekas Naib Presiden PKR, N. Surendran dan kartunis, Zunar turut digugurkan kerana didakwa bermotifkan politik. MG

Kes banglo Guan Eng perlu semakan kehakiman – MCA


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker