Tengku Zulpuri hina Istana, kerabat Pahang lapor polis


Tengku Zulpuri hina Istana, kerabat Pahang lapor polis

KUANTAN: Badan Kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang, membuat laporan polis terhadap bekas Ahli Parlimen DAP Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang disifatkan bertindak biadap menghina institusi diraja Pahang ketika berceramah politik di Mentakab baru-baru ini.

Jurucakapnya, Datuk Setia Penggawa Tengku Datuk Abdul Manan Tengku Temenggong Aziz berkata, perbuatan Tengku Zulpuri itu sangat melampau batas apabila mengaitkan Istana Pahang dalam kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Menurut Tengku Abdul Manan, sebagai seorang ahli politik, apabila berceramah perlu ada ada had dan batasan dalam berpolitik supaya tidak menimbulkan kebencian terhadap Istana dan tidak mengguris hati dan perasaan rakyat Pahang.



“Kalau nak berpolitik kena berpolitik secara matang, jangan kaitkan istana dan Ke Bawah Duli Tuanku dalam kancah politik… kita berpegang kepada prinsip Rukun Negara setia kesetiaan pada raja dan negara, jadi kena faham.

“Nak cakap tu biar berlapik, sebab sekarang ini semua terasa bila dia cakap macam ini… jadi orang kata nak bercakap tu beradab sikit itu,” kata beliau.

Abdul Manan juga menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan yang paling tegas terhadap ahli DAP itu agar menjadi pengajaran kepada ahli politik lain mengelak kaitkan institusi diraja Pahang di pentas ceramah politik.

Sebanyak 20 laporan polis dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Ibu Pejabat Polis Kuantan terhadap Tengku Zulpuri antaranya, Badan Kebajikan Kerabat Pahang, Pertubuhan Satu Kumpulan, Kelab Warga Peduli, Pertubuhan Amal Tiara Kasih, Persatuan Silat Cekap Pahang dan Dunia Seni Silat Malaysia Pahang. Awani



Tengku Zulpuri hina Istana, kerabat Pahang lapor polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker