WhatsApp ‘trending’, jadi ejeken dunia

WhatsApp ‘trending’, jadi ejeken dunia

Aplikasi WhatsApp kini ‘trending’ dan menjadi ejekan dunia susulan perkhidmatannya tergendala selama lebih satu jam di hampir seluruh dunia.

Tinjauan di media sosial mendapati, aplikasi itu juga sohor kini di tempat pertama di Twitter apabila lebih 800,000 ciapan dibuat menggunakan kata kunci ‘WhatsApp’.

Rata-rata pengguna juga meluahkan rasa marah berikutan kerja mereka yang didakwa tergendala kerana masalah tersebut.

“Mengapa aplikasi kamu tidak boleh digunakan? Habis kerja saya tergendala,” tulis seorang pengguna di ruangan komen satu hantaran di akaun Twitter WhatsApp.

“Adakah aplikasi anda sudah digodam? Sudah lebih satu jam aplikasi tidak boleh diakses di Malaysia,” tulis seorang lagi pengguna.

“Perniagaan saya bergantung dengan WhatsApp, sekarang aplikasi anda masih belum boleh diguna. Jika dalam masa satu jam belum selesai, saya akan saman WhatsApp sebanyak US$1 juta,” kata Baddi.

“Privasi saya kini lebih terjamin di WhatsApp kerana saya langsung tidak boleh hantar atau terima apa-apa!,” kata Kandawasvika.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan aplikasi milik Meta itu tergendala apabila penggunanya tidak boleh menghantar ataupun menerima sebarang mesej. K Online

WhatsApp ‘trending’, jadi ejeken dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker