Ismail jawab dakwaan Rafizi

#PRU15

Ismail jawab dakwaan Rafizi

Penyertaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah bersandar keyakinan untuk menang, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO menyatakan keyakinan itu bagi menjawab dakwaan PKR bahawa BN berdepan laluan sukar untuk menang PRU15.

“Samalah, kajian kita mendapati mereka (PKR) juga sukar menang pilihan raya, … semua yang masuk pilihan raya ini mesti yakin menang kalau tidak maka tiada siapa yang masuk PRU.



“PKR dan Dr Mahathir atau Gerakan Tanah Air (GTA) juga kata dia akan menang, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pun kata akan menang begitu juga BN… sebab itu diadakan pilihan raya kerana semua yakin menang,” katanya selepas Taklimat Khas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Monsun Timur Laut di Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang mendakwa BN berdepan laluan sukar untuk menang PRU15 selepas mengambil kira majoriti rakyat yang tidak berpuas hati dengan prestasi gabungan itu.

Rafizi berkata ramalan itu dibuat berdasarkan statistik tinjauan dibuat parti itu yang menyaksikan 63 peratus rakyat tidak berpuas hati dengan Kerajaan Persekutuan, manakala 78 peratus kecewa dengan prestasi ekonomi negara. BH

Ismail jawab dakwaan Rafizi




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker