PAS gerak solo di Sabah

#PRU15

PAS gerak solo di Sabah

PAS Sabah akan bergerak secara solo pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) 19 Nov ini walaupun tiga lagi sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) akan bertanding bawah logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Naib Ketua Pemuda Bersatu Ceasar Mandela Malakun berkata, perkara ini ialah proses demokrasi yang biasa.

“Jika PAS Sabah, sebahagian daripada PN, mahu bertanding, siapa boleh halang?”

Bendahari GRS Ardino Diris juga berkata, PAS Sabah bebas untuk “berdiri sendiri”.

“Ia tidak mempunyai pengaruh ke atas kerjasama GRS-BN di Sabah. Kami tetap komited dengan kerjasama ini,” katanya.

Semalam, Setiausaha PAS Sabah Aliakbar Gulasan dilaporkan berkata, PAS Sabah telah menyerahkan senarai calon kepada kepimpinan parti itu tetapi masih belum memutuskan kerusi mana yang akan ditandingi.

PAS tidak bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah 2020, sebaliknya memilih untuk menyokong sekutunya ketika itu, Umno dan PN.

Malakun berkata, Bersatu Sabah telah memutuskan untuk bertanding bawah logo GRS.

“Kami ada hak untuk pilih calon kami sendiri dan Pengerusi GRS Hajiji Noor akan menandatangani surat untuk semua calon GRS,” katanya.

Gabungan PN turut dianggotai Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP), yang turut menjadi sebahagian daripada GRS.

“Kami tampilkan barisan yang bersatu. Di Sabah, GRS bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan kami akan tunggu senarai calon diumumkan oleh pucuk pimpinan parti,” kata Malakun. FMT

PAS gerak solo di Sabah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker