Tony Pua tak tanding, Gobind, Bee Yin tukar kerusi

#PRU15

Tony Pua tak tanding, Gobind, Bee Yin tukar kerusi

Selain Pahang, DAP juga dijangka melakukan penyusunan semula calon-calonnya di Selangor dan Johor pada PRU15.

Malaysiakini difahamkan ahli jawatankuasa pusat DAP Tan Hong Pin tidak akan diletakkan di Labis mengikut perancangan awal tetapi di Bakri, iaitu satu-satunya kerusi Parlimen majoriti Cina di Johor.

Sementara itu, penyandang kerusi Parlimen Labis Pang Hok Liong dijangka akan mempertahankan kerusinya. Labis adalah kerusi majoriti bukan Melayu, dengan 43.5 peratus pengundi Cina dan 15.3 peratus pengundi India.

Dengan muka baru di Bakri, penyandang kerusi Parlimen itu, Yeo Bee Yin dijangka kembali ke Selangor. Dia mungkin akan bertanding di Puchong.

Penyandang kerusi itu selama tiga penggal, Gobind Singh Deo yang juga pengerusi DAP Selangor pula difahamkan akan bertanding di Damansara.

Penyandangnya, Tony Pua difahamkan tidak akan bertanding pada kali ini.

Ketika dihubungi, Tan memberitahu Malaysiakini bahawa calon untuk kerusi Parlimen Bakri belum dimuktamadkan tetapi ada kemungkinan dia akan bertanding di sana.

Pang pula enggan mengulas sama ada dia akan mempertahankan Labis atau tidak.

Namun, dia berkata akan hadir di acara kutipan dana DAP di Muar pada Khamis ini – di mana calon bagi Parlimen Labis, Bakri dan Ayer Hitam mungkin akan diumumkan.

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Bagharib Ali dijangka diletakkan sebagai calon di Ayer Hitam.

Sebelum ini dia sering dilihat berada di Bakri dan dilaporkan sebagai salah seorang yang mungkin dicalonkan di situ.

Namun, Yeo kemudian menjelaskan Sheikh Umar hanya membantunya di Bakri.

Pada 2018, DAP meletakkan Liew Chin Tong di Ayer Hitam dalam usaha merampas kerusi itu dari Presiden MCA Wee Ka Siong. Dia bagaimanapun tewas dengan perbezaan hanya 303 undi. FMT

Tony Pua tak tanding, Gobind, Bee Yin tukar kerusi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker