Pelik bila Majlis Peguam persoal kesaksamaan Pasukan Petugas Khas

Pelik bila Majlis Peguam persoal kesaksamaan Pasukan Petugas Khas

Majlis Peguam ditempelak kerana tindakannya mempersoalkan kesaksamaan dakwaan Pasukan Petugas Khas yang menyiasat buku tulisan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas yang bertajuk My Story: Justice in the Wilderness.

Pentadbir laman Facebook Najib Razak berkata, badan tersebut telah diberi peluang untuk menyertai pasukan berkenaan namun mereka menolaknya.



“Peliknya. Sendiri tak mahu kerjasama dan sertai siasatan bila diberi peluang, sendiri yang tuduh kesaksamaan siasatan.

“Tommy diberi peluang untuk kerjasama, dia tolak. Majlis Peguam diberi peluang untuk sertai pasukan khas, mereka tolak.

“Lepas itu, Majlis Peguam pula mempersoalkan kesaksamaan pasukan petugas yang menyiasat dakwaan itu pulak. Kata mungkin berat sebelah pulak,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Terdahulu, Presiden Majlis Peguam, Karen Cheah dalam satu kenyataan menyuarakan kebimbangan berhubung penyahsulitan laporan Pasukan Petugas Khas yang menyiasat dakwaan salah laku dalam buku Tommy.



Dalam hantaran berasingan, pentadbir Facebook Najib Razak mengingatkan kembali bahawa pada 16 Februari lalu, Majlis Peguam telah diminta untuk mengambil bahagian dalam pasukan berkeaan.

Lima hari kemudian, Majlis Peguam membalas bahawa mereka tidak dapat beri maklum balas kepada, atau mengambil bahagian dalam pasukan khas dan tidak dapat menyertai sesi konsultasi dengan pasukan khas. MG

Pelik bila Majlis Peguam persoal kesaksamaan Pasukan Petugas Khas


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu



PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker