Tiong Lai tak goyang berdepan Rara, Wong Tack di Bentong

#PRU15

Tiong Lai tak goyang berdepan Rara, Wong Tack di Bentong

Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak tergugat berdepan dengan mana-mana pihak bagi merampas kembali kerusi Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 19 November ini.

Beliau berkata, ini kerana Jentera Barisan Nasional (BN) Bentong sudah melakukan persediaan secukupnya demi masa depan rakyat kawasan tersebut.

“Keazaman kita untuk menawan kerusi Parlimen Bentong tidak goyang berdepan sesiapa pun dari pihak lawan. Kami tidak sesekali cuai atau lalai, kami sentiasa bersiap-siaga.

“Jentera Barisan Nasional Bentong telah diaktifkan dan kami dengan semangat tinggi bersiap sedia menghadapi PRU demi rakyat dan demi masa depan Bentong,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, DAP menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman atau Rara bertanding di Parlimen Bentong sekali gus ‘sanggup’ menggugurkan Wong Tack yang merupakan penyandang kerusi berkenaan.

Susulan tindakan itu, Wong Tack membuat keputusan bertanding atas tiket Bebas selian turut mengumumkan keluar DAP selepas berasakan dirinya dikhianati parti itu.

Pada PRU14, Wong Tack merampas kerusi Parlimen Bentong daripada BN selepas menewaskan Tiong Lai dengan majoriti 2,032 undi.

Dalam pada itu, Tiong Lai yang juga bekas Menteri Pengangkutan berkata, beliau tetap menghormati sesiapa sahaja yang bertanding di kawasan berkenaan.

“Namun saya ‘kecewa’ dengan pencaturan DAP untuk tidak mengekalkan Wong Tack bertanding di kawasan Parlimennya.

“Bagi saya, Wong Tack telah menghampakan penduduk-penduduk di Bentong dan sepatutnya dinilai dan dihukum oleh penduduk Bentong melalui pilihan raya umum.

“Menukar calon dengan sewenang wenangnya adalah budaya oportunis DAP yang tidak menghormati kemuliaan dan tanggungjawab jawatan wakil rakyat,” katanya. Utusan

Tiong Lai tak goyang berdepan Rara, Wong Tack di Bentong


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker