Tommy Thomas mengelabah, mohon mahkamah batalkan laporan pasukan petugas khas

Tommy Thomas telah memfailkan tindakan undang-undang untuk membatalkan laporan pasukan petugas khas berhubung memoirnya “My Story: Justice in the Wilderness”.

Bekas peguam negara itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Menurutnya, dokumen itu tidak sah dan bertentangan undang-undang. Dia menamakan pengerusi dan ahli pasukan petugas khas itu serta kerajaan Malaysia selaku defendan.

Laporan itu didedahkan kepada orang ramai melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri pada 21 Okt, susulan tindakan perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob yang menyahklasifikasikan laporan berkenaan selepas keputusan oleh kabinet pada 30 Sept.

Antara cadangan utama laporan itu adalah untuk pengasingan pejabat AG dan pendakwa raya atas “pendakwaan terpilih”.

Bagaimanapun, laporan itu tidak memberikan contoh “pendakwaan terpilih” oleh Thomas.

Laporan itu turut mengesyorkan supaya Tommy disiasat atas kemungkinan pelbagai kesalahan yang telah dilakukannya.

Tommy dalam samannya juga memohon perisytiharan bahawa badan itu sebagai tidak sah dan tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk melaksanakan fungsi yang diberikan oleh kerajaan.

Selain itu, turut dipohon adalah perisytiharan bahawa penerbitan laporan itu oleh kerajaan melanggar hak dirinya seperti yang dilindungi oleh Perkara 5(1) (kebebasan asasi ) dan 13(1) perlembagaan persekutuan.

Pasukan itu terdiri daripada pengerusinya, JC Fong dan ahlinya Hashim Paijan, Junaidah Kamarruddin, Jagjit Singh Bant Singh, Shaharudin Ali, K Balaguru, Farah Adura Hamidi, dan Najib Suri.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker