‘Jantan’ bercium dalam surau Kuala Langat, polis mulakan siasatan

Polis menyiasat video yang memaparkan dua lelaki berciuman dalam sebuah surau di Kuala Langat.

Siasatan dibuat bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan, berkaitan kesalahan melakukan kelucahan melampau di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata siasatan dibuat susulan video sepanjang 1 minit 49 saat yang dimuat naik di media sosial semalam.

Katanya, laporan polis dibuat oleh seorang bilal 54 tahun setelah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) melibatkan dua lelaki tempatan tersebut.

“Pihak polis ingin memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pelaku di dalam kes ini supaya tampil untuk membantu siasatan dan berhubung dengan Pegawai Penyiasat Insp Norhidayah Mohd ditalian 017-4055363 / 03-31872222,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker