Kerajaan baharu diseru tangani isu peguam berpolitik perguna Badan Peguam

Kerajaan baharu diseru tangani isu peguam berpolitik perguna Badan Peguam

Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim menyeru kerajaan baharu nanti meminda akta berkaitan profesional undang-undang bagi mengelak peguam menggunakan Badan Peguam untuk berpolitik.

Beliau menggesa bakal pemerintah mengambil iktibar daripada pengalaman Singapura menguatkan profesionalisme badan-badan profesional republik itu.



“Seperti Lee Kuan Yew (bekas perdana menteri Singapura) beritahu dulu, kalau orang nak main politik, masuklah arena politik, jangan gunakan badan-badan profesional.

“Sebab itu di Singapura tidak berlaku apa yang berlaku di sini di mana peguam-peguam bermain politik,” katanya di Facebook.

Zaid mengulas kenyataan Presiden Badan Peguam, Karen Cheah pada Selasa, yang mana beliau mengesahkan badan itu menolak undangan pasukan petugas khas untuk mengambil bahagian dalam siasatan ke kandungan buku kontroversi bekas peguam negara, Tommy Thomas.

Thomas merupakan peguam negara ketika pentadbiran Pakatan Harapan. Laporan 800 halaman itu dibuka untuk bacaan awam pada Jumaat. Berdasarkan kandungan buku itu, pasukan terbabit mendapati ada potensi berlakunya kesalahan jenayah dan salahlaku, termasuk berkenaan pelantikan para hakim.



“Majlis Peguam sekali lagi menunjukkan belang politiknya,” kata Zaid.

“Dia kata laporan jawatankuasa khas itu dicurigai keabsahannya, sama ada ianya berat sebelah kerana, dia kata, itu laporan jawatankuasa kerajaan, bukan suruhanjaya diraja.”

Zaid berkata kritikan Cheah terhadap keputusan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menyahklasifikasikan laporan itu mencerminkan sikap majlis itu yang sepatutnya menyokong keterbukaan dan ketelusan.

“Sepatutnya mereka lah yang menyokong nyahklasifikasi itu tapi kerana politiknya…,” kata Zaid.



“Inilah sebabnya saya mencadangkan kerajaan yang ditubuhkan selepas ini mengambil keputusan tegas terhadap Majlis Peguam. Cukuplah membiarkan mereka menggunakan Badan Peguam sebagai badan politik.”

Zaid, yang juga ahli badan itu, menegur Majlis Peguam kerana berselindung di sebalik tanggungjawab ‘memperjuangkan keadilan’.

“Kerana perkataan itu, mereka beranggapan mereka boleh komen apa saja, bantah apa saja, buat apa saja untuk ‘memperjuangkan keadilan’.”

“Jangan bagi orang-orang yang berpolitik menggunakan platform badan guaman itu, seperti yang berlaku sekian lama.



“Majlis Peguam banyak kerja lain – jaga kepentingan ahli-ahli, mempertingkatkan mutu professional, banyak kerja yang perlu mereka buat.” FMT

Kerajaan baharu diseru tangani isu peguam berpolitik perguna Badan Peguam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir



Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker