Tiada cadangan perkenal GST buat masa ini – Tengku Zafrul

KUALA SELANGOR – Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) buat masa ini meskipun mengakui mekanisme itu antara langkah terbaik bagi menambah pendapatan negara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, perlaksanaan cukai itu memerlukan perbincangan di peringkat Kabinet dan dibentangkan di Parlimen.

Beliau memberitahu, GST yang dilaksanakan di lebih 160 buah negara terbukti lebih baik bagi membolehkan negara menjana pendapatan lebih stabil dan pengurusan cekap dan berkesan.



Tengku Zafrul (tiga dari kanan) beramah mesra pada perjumpaan dan hari keluarga Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kuala Selangor di sebuah hotel di sini pada Jumaat.

“GST ini lebih efisien dan mengurangkan ketirisan, malah ia dapat membantu membangunkan sesebuah negara seterusnya membantu kehidupan rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dan hari keluarga Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kuala Selangor di sebuah hotel di sini pada Jumaat.

Menurut Tengku Zafrul, pada masa ini kutipan cukai negara kurang 11 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) paling rendah di Asia Tenggara berbanding tahun sebelum ini.

“Tetapi ini tidak bermakna kita perlu laksanakan GST dalam masa terdekat, tetapi dalam jangka masa panjang apa yang penting ia bukan membebankan rakyat, sebaliknya untuk membangunkan negara,” ujarnya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’



Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker