Kedai John Beasley jurulatih Datuk Azizulhasni dirompak, basikal ‘mahal’ dilarikan

Malang menimpa John Beasley jurulatih kepada jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang apabila kedai basikalnya di Melbourne, Australia dipecah masuk individu tidak dikenali.

Perkara tersebut telah dikongsi Azizulhasni di laman Facebooknya hari ini dan beliau melahirkan rasa simpati atas kejadian menimpa jurulatihnya itu.

“Mendapat perkhabaran kurang baik dari Melbourne, kedai jurulatih saya Beasley Cycles @beasleycycles telah di pecah masuk oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

“Dipecahkannya cermin pintu belakang kedai beliau dan dilarikan beberapa basikal mahal. Wah gila betul, zaman dulu orang pecah masuk kedai barang kemas atau bank, sekarang ni kedai basikal dah jadi sasaran juga.

“Kesian si John @johnbeasley54 ni, dah la tengah kusut sibuk menguruskan pelbagai urusan penting nak berpindah ke Malaysia, di uji pulak dengan dugaan macam ni,” tulisnya hari ini.

Pada hantaran sama, Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman memohon seluruh peminatnya berdoakan semoga dipermudahkan segala urusan jurulatihnya itu.

Berkongsi dengan lebih lanjut, Azizulhasni berkata, kedai Beasley Cycles itu sudah bertapak sejak tahun 1919 lagi.

“Awak semua bayangkan dah bagi servis berkenaan basikal selama 103 tahun. Bayangkan ilmu dan pengalaman mereka dalam selok belok dunia basikal ni ‘you can’t go wrong with them’

“Untuk mereka yang baru-baru kenal dunia basikal ni dan dah rasa macam otai, baik korang tanye balik diri korang, tahun 1919 korang buat apa masa tu?, “soal Azizulhasni.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker