Mayat remaja hanyut ditemui selepas dua hari

Mayat remaja hanyut ditemui selepas dua hari

Shah Alam: Dua hari mencari, mayat remaja lelaki akhirnya ditemui pasukan bomba dan penyelamat, hari ini kira-kira 800 meter (m) dari lokasi dia dipercayai dihanyutkan di Sungai Gong, Rawang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa yang hanyut ketika cuba menyeberangi sungai pada malam Selasa lalu, ditemukan pada 2.30 petang.



“Pencarian dengan bantuan tambahan bot daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik di mana pencarian diperluaskan ke perangkap sampah pertama sejauh 800 meter dari lokasi.

“Kemudian, pencarian juga dilakukan di perangkap sampah berhampiran Fruits Valley oleh BBP Bestari Jaya dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9).

“Pada 2.30 petang, bomba menjumpai satu mayat remaja lelaki di kawasan perangkap sampah Fruit Valley, Bestari Jaya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, mayat berjaya dibawa naik ke darat oleh pasukannya dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.



“Mayat yang ditemui itu dipercayai Muhammad Alif Fahmi Abdullah berusia 16 tahun. Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 3 petang tadi,” katanya.

Semalam, media melaporkan mangsa bersama bapa dan adiknya hanyut ketika cuba menyeberangi Sungai Gong selepas memancing.

Bagaimanapun, bapa dan adiknya berjaya diselamatkan oleh pemancing lain yang kebetulan berada di lokasi. HM

Mayat remaja hanyut ditemui selepas dua hari




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’



Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker