Mujahid saman PAS

Mujahid saman PAS

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof, hari ini memulakan tindakan undang-undang ke atas PAS.

Menurut Mujahid, surat tuntutan itu dihantar kepada PAS melalui firma guaman Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir hari ini.

“Pihak Pejabat Agung PAS juga telah mengaku terima surat tuntutan tersebut,” katanya malam ini.



Mujahid yang juga naib presiden Amanah menjelaskan, pihaknya memberi tempoh selama 48 jam kepada PAS untuk melakukan beberapa perkara termasuk memadamkan tulisan yang dianggap sebagai fitnah.

Mujahid juga menuntut agar tulisan yang mengaitkan dia dengan kumpulan LGBT ditarik balik, selain PAS perlu meminta maaf kepadanya.

Penyandang kerusi parlimen Parit Buntar itu juga menuntut PAS membayar ganti rugi atas kerosakan reputasi yang disebabkan oleh tulisan berkenaan.

“Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sama kepada mana-mana pimpinan PAS yang tidak serik-serik membuat tulisan-tulisan fitnah dan mengaitkan saya dengan LGBT,” katanya.



Kenyataan Mujahid itu merujuk kepada tulisan “Mantan Menteri Agama PH Sokong Eljibiti?” dan ditularkan oleh akaun Facebook PAS pada 16 Okt lalu. Mk

Mujahid saman PAS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker