Video perempuan dibelasah kenalan lelaki timbulkan kemarahan

Video perempuan dibelasah kenalan lelaki timbulkan kemarahan

Satu rakaman video seorang perempuan dibelasah seorang lelaki dipercayai kenalannya yang tular di media sosial hari ini menimbulkan kemarahan orang ramai.

Rakaman video berdurasi 18 saat itu menunjukkan lelaki terbabit dipercayai seorang remaja menampar muka dan belakang kepala perempuan itu yang kelihatan sebaya dengannya beberapa kali, selain menendang bahagian pinggangnya.

Sebaik ditampar dan ditendang, perempuan itu hanya mampu menangis sambil menekup tangan pada bahagian kiri serta kanan kepalanya di tepi dinding.

Lelaki itu pula semakin menggila apabila dilihat mengambil seliparnya yang tercabut di lantai dan melibas belakang kepala perempuan itu dengan kuat beberapa kali dengan selipar berkenaan.

Tambah menyakitkan hati, perakam video dipercayai rakan lelaki itu sempat tertawa ketika merakam perlakuan ganas rakannya itu.

Bagaimanapun, tidak dipastikan bila dan di mana kejadian itu berlaku, namun melalui bahasa dituturkan, mereka dipercayai berbangsa Cina.

Dalam kalangan warga maya pula, kebanyakan mereka marah dan mengutuk perbuatan lelaki berkenaan dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera jika kejadian itu berlaku di negara ini.

Video berkenaan turut mendapat perhatian selebriti popular tanah air, Neelofa yang memuat naik video itu menerusi satu ciapan di akaun Twitternya, petang tadi.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu untuk memberi respons kepada ciapannya itu. BH

Video perempuan dibelasah kenalan lelaki timbulkan kemarahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker