Penampilan semula Salang di Julau dijangka mampu ‘tumbangkan’ Larry Sng

#PRU15

Penampilan semula Salang di Julau dijangka mampu ‘tumbangkan’ Larry Sng

Tindakan Larry Sng bertukar parti politik terlalu kerap mungkin akan mengakibatkan beliau kehilangan kerusi Parlimen Julau di Sarawak pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, menurut dua penganalisis politik.

Felo Majlis Profesor Jeniri Amir dan Dick Lembang Dugun daripada Universiti Malaysia Sarawak berkata, tabiat Sng bertukar parti menyebabkan sentimen politik di Julau kini beralih kepada Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Joseph Salang Gandum.



Salang menjadi Ahli Parlimen Julau selama empat penggal dari 1999, manakala Sng, yang juga presiden Parti Bangsa Malaysia, menang pada 2018 selepas menewaskan Salang dengan majoriti 1,931 undi.

“Peluang Sng semakin tipis sekarang,” kata Jeniri.

“Salang mempunyai pengaruh yang kuat di Julau dan beliau aktif secara agresif di lapangan sejak 2018.”

Parti Salang ialah ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memerintah yang mempunyai kepimpinan yang kuat dan jentera akar umbi yang berkesan, menurut Jeniri.



“Berdasarkan pilihan raya negeri (PRN) yang lalu (pada Disember), saya rasa sentimen politik di lapangan telah beralih kepada Salang,” kata Jeniri.

The Borneo Post melaporkan minggu lepas bahawa Salang bersedia untuk merampas semula kerusi Julau jika diberi peluang. Bagaimanapun, Salang dipetik sebagai berkata, keputusan itu bergantung kepada Pengerusi GPS Abang Johari Openg.

Parti komponen lain dalam GPS termasuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Kata Dugun, peluang Salang bertambah baik apabila GPS menunjukkan prestasi yang kukuh pada PRN, meraih 75 daripada 82 kerusi yang ditandingi.



“Sng dikenali sebagai ‘katak’. Saya rasa tak wajar beliau bertanding di mana-mana kerusi kerana selalu bertukar parti. Di mana prinsip dan integritinya?”

“Mungkin Sng boleh kata PBM sokong GPS. Di Sarawak, ada kemungkinan perkara ini boleh berlaku,” katanya.

PBM memohon menyertai Barisan Nasional (BN) pada Julai. Awal minggu ini, Sng berkata, PBM akan bertanding pada PRU dengan logonya sendiri kerana BN tidak menerimanya.

Karier politik Sng bermula dengan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) pada 2001. Beliau menyertai PRS pada 2004 selepas PBDS dibatalkan pendaftarannya.



Pada 2013, beliau mengasaskan Parti Pekerja Sarawak (SWP) tetapi meninggalkannya tiga tahun kemudian, dan bertanding pada PRU 2018 sebagai calon bebas.

Beliau menyertai PKR apabila Pakatan Harapan (PH) memerintah, tetapi turut meninggalkannya pada Februari 2021 untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin, dan pada Ogos menyatakan sokongannya kepada Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri.

Pada November, Sng dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong mengumumkan penubuhan PBM, menjenamakan semula SWP. FMT

Penampilan semula Salang di Julau dijangka mampu ‘tumbangkan’ Larry Sng




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau



Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker