PM ucap tahniah pelajar SMKA Kuala Selangor gondol pingat emas

PM ucap tahniah pelajar SMKA Kuala Selangor gondol pingat emas

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Selangor yang berjaya meraih pingat emas pada Pameran Perdagangan Antarabangsa, Penciptaan Produk dan Idea Baharu (IENA) 2022 di Nuremberg, Jerman semalam.

Menerusi catatan dalam laman Facebooknya, Perdana Menteri berharap kejayaan pasukan sekolah itu akan menjadi penyuntik semangat kepada pelajar lain untuk turut terbabit dalam inovasi dan reka cipta sehingga menggapai kejayaan.

“Tahniah kepada ahli pasukan, Athirah Ahmad Hisshamuddin, Raja Dhia Nazneen Insyirah Raja Mohd Aman Shah, Nur Damia Bisyara Muhammad Imran dan Sarah Ardinie Khairul Faizi.

“Saya difahamkan pasukan ini menewaskan 490 pasukan dari 250 sekolah di seluruh dunia dalam IENA 2022 ini. Syabas saya ucapkan,” katanya.

Empat pelajar berkenaan yang diiringi dua guru, Mohd Ridzuan Mohammad dan Mohd Zulhelmi Mansor, turut meraih Anugerah Khas Produk Inovasi Terbaik Keseluruhan Untuk Kategori Pencipta Muda Hadiah Bandaraya Nuremberg dalam pertandingan berlangsung selama tiga hari bermula Khamis lalu.

IENA ialah pameran inovasi tertua di dunia yang dipertandingkan sejak lebih 70 tahun lalu sempena pameran perdagangan yang mengetengahkan pelbagai ciptaan dan inovasi baharu terbesar di dunia. BH

PM ucap tahniah pelajar SMKA Kuala Selangor gondol pingat emas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker