Pemuda PH kata kali ini manifiesto adalah ‘Kitab Suci’, cukuplah sekali kena ‘kencing’

 

PETALING JAYA: Pemuda Pakatan Harapan (PH) melancarkan manifestonya sendiri untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan berikrar menganggapnya sebagai “kitab suci” dengan janji yang akan ditunaikan.

“Kami akan menganggap semua tawaran ini dan manifesto PH sebagai ‘kitab suci’ kami kerana inilah janji kami kepada rakyat,” kata Ketua Pemuda PH, Dr Kelvin Yii pada pelancaran manifesto itu di sini.



Beliau berkata, ikrar itu yang akan dimasukkan dalam manifesto utama PH, mengandungi 25 perkara utama belia merangkumi lima sektor iaitu pendidikan, kesihatan, keusahawanan, alam sekitar dan status sosial ekonomi.

Katanya, antara janji itu termasuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi memberi kuasa autonomi kepada pihak pentadbiran universiti untuk tadbir urus adil bagi fasiliti dan penyelenggaraan universiti.

Tawaran lain ialah “Kembara Siswa”, skim di mana tiket penerbangan antara Sabah atau Sarawak ke Semenanjung pada kadar tetap RM199, tetapi terhad kepada dua tiket setahun bagi setiap mahasiswa.

Yii berkata, manifesto yang dikenali sebagai “Tawaran Anak Muda Harapan” itu merupakan sebahagian daripada manifesto utama PH yang akan dilancarkan Rabu ini.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?



Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker