Lembu, babi putus kepala dibaham pak belang

Lembu, babi putus kepala dibaham pak belang

GUA MUSANG – Kira-kira 50 penduduk dan pekerja ladang hidup dalam ketakutan selepas menemui dua bangkai lembu dan seekor babi yang dipercayai dibaham harimau belang di Kampung Gua Air dekat Pos Pulat di sini tiga hari lalu.

Seorang pekerja ladang, Shahdon Nurji, 46, berkata, dia tergamam apabila menyaksikan lembu dan babi berkenaan mati dalam keadaan ngeri dengan kepala haiwan tersebut putus dipercayai akibat dibaham harimau belang berkenaan.



Katanya, sebelum ini, mereka kerap melihat kesan tapak kaki harimau berkenaan.

“Pekerja ladang yang berada di atas lori sempat merakam gambar kelibat harimau belang kira-kira pukul 8 pagi tadi semasa dalam perjalanan untuk mengait buah kelapa sawit.

“Harimau itu dilihat berkeliaran di dalam ladang sawit yang jaraknya kira-kira 200 meter dari Kampung Gua Air. Kini, semua pekerja ladang yang terdiri daripada 10 orang berada dalam ketakutan untuk melakukan kerja di ladang,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Gua Air di sini hari ini.

Sementara itu, penduduk Kampung Gua Air, Rusdi Mamat, 58, berkata, kejadian itu mengejutkan penduduk kampung kerana mereka perlu melalui jalan ladang untuk keluar ke bandar dan menghantar anak ke sekolah.



Katanya, penduduk kini juga bimbang untuk ke kebun kerana bimbang terserempak dengan harimau berkenaan.

“Hidup kami tidak aman dan terpaksa menangguhkan sementara aktiviti untuk ke kebun.

“Kami berharap pihak berwajib terutamanya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil tindakan segera dengan membuat siasatan dan pemantauan tentang serangan harimau berkenaan,” katanya. K Online

Lembu, babi putus kepala dibaham pak belang




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman



Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker