Dakwaan Annuar Musa tak dicalon hanya khabar angin

Dakwaan Annuar Musa tak dicalon hanya khabar angin

MACHANG: Barisan Nasional (BN) Kelantan menegaskan desas-desus mengatakan penyandang Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya khabar angin.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata sama ada benar atau tidak perkara itu, perlu menunggu keputusan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



“Saya sudah menghantar senarai nama kepada Ahmad Zahid, malah tiga penyandang Parlimen termasuk Annuar adalah antara nama yang diberi keutamaan.

“Tugas saya sudah selesai dan selebihnya keputusan penuh bergantung kepada presiden parti,” katanya selepas melancarkan Jentera BN Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin mengatakan Annuar tidak dicalonkan di Parlimen Ketereh.

Ahmad Jazlan yang juga penyandang Parlimen Machang berkata, kesahihan berhubung calon BN pada PRU15 hanya akan ditentukan selepas menerima watikah.



“Saya sendiri belum menerima watikah lagi. Mungkin senarai calon akan diperoleh dalam masa terdekat,” katanya. BH

Dakwaan Annuar Musa tak dicalon hanya khabar angin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman

Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?



Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker