33 tong berisi cecair kimia dibuang berhampiran RTC Gopeng

33 tong berisi cecair kimia dibuang berhampiran RTC Gopeng

IPOH: Sebanyak 33 tong berisi cecair bahan kimia ditemukan di kawasan lapang berhampiran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng dekat sini semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kesemua tong itu, yang didapati mengalami kebocoran, dipercayai dibuang secara haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.



Katanya, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 5 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian dengan dibantu BBP Simpang Pulai dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) BBP Pasir Puteh.

“Kesemua tong didapati telah bocor dan setiap tong mengandungi 20% cecair di dalam tong tersebut yang mengandungi ‘SW 402/ UN 1760 Schedules Waste’.

“Pasukan bomba membuat penilaian dan mengepung kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga. Pihak Hazmat BBP Pasir Puteh membuat ‘pengesanan dan persampelan di tempat kejadian.

“Operasi diteruskan dengan menutup cecair terdedah dengan pasir,” katanya dalam kenyataan malam tadi.



Jurucakap itu berkata, pengesanan dilakukan sekali lagi bagi memastikan tiada lagi bahan berbahaya di kawasan tersebut.

Operasi yang turut dibantu pihak polis dan Jabatan Alam Sekitar itu tamat sepenuhnya pada 8.35 malam. FMT

33 tong berisi cecair kimia dibuang berhampiran RTC Gopeng


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman

Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?



Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker