Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

#PRU15

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Penyandang kerusi Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yakin pemimpin Barisan Nasional (BN) yang digugurkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan tetap setia dengan parti.

Hishamuddin yang juga Menteri Kanan Pertahanan turut menyifatkan situasi di mana pemimpin lama yang tidak dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen masing-masing adalah perkara biasa dalam arena politik.

“Bagi saya mereka ini semua orang parti jadi nama mereka tidak dicalonkan itu…ini biasa dalam arena politik dan saya percaya mereka akan tetap setia bersama dengan parti,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon BN, di sini.

‘Jika yang lama semua kekal, bila generasi baharu boleh bangkit?’

Hishamuddin yang mula memenangi Parlimen Sembrong sejak 2004 diberi kepercayaan oleh BN untuk mempertahankan kerusi itu pada PRU15 ini.

Sekurang-kurangnya 10 pemimpin dalam BN digugurkan pada PRU15 ini termasuk empat Menteri Kabinet iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Arau) dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh).

Turut digugurkan ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara) dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi).

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman juga tidak dicalonkan semula di kerusi Parlimen yang disandangnya di Pasir Salak.

Pada masa sama, Hishamuddin berkata, adalah menjadi tanggungjawab dan tugas pemimpin senior dalam BN untuk membimbing golongan pelapis yang dicalonkan buat kali pertama pada PRU15 ini.

“Kita kena bimbing mereka kerana mereka muka baharu dan menjadi tugas kita untuk memastikan mereka dapat mewakili parti sebaik mungkin,” katanya. BH

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS

Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker