Akujanji sokong Zahid sebagai PM palsu – Shamsul Anuar

Akujanji sokong Zahid sebagai PM palsu – Shamsul Anuar

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Shamsul Anuar Nasarah menafikan adanya akujanji ditandatangani beliau yang tular, kononnya akan mencalonkan dan menyokong Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai perdana menteri.

Beliau turut mengesahkah bahawa akujanji yang disebarkan dan sedang tular itu adalah palsu dan tidak benar.

“Perkara ini nyata suatu usaha jahat daripada pihak tidak bertanggungjawab dan jelas ia perancangan memburukkan Umno dan BN ketika musim PRU15 (pilihan raya umum ke-15) ini,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Beliau berkata tiada sebarang akujanji sedemikian.

Akujanji tular itu antaranya menyatakan Shamsul Anuar berikrar mencadangkan Zahid sebagai calon perdana menteri setelah memenangi kerusi Parlimen Lenggong serta mendesak kerajaan dibentuk oleh mana-mana parti yang bekerjasama dengan Umno dan BN bagi menggugurkan kes-kes mahkamah melibatkan kepimpinan parti berkenaan. FMT

Akujanji sokong Zahid sebagai PM palsu – Shamsul Anuar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker