Mereka digugurkan tak selari dengan akar umbi UMNO – Penganalisis

#PRU15

Mereka digugurkan tak selari dengan akar umbi UMNO – Penganalisis

Spekulasi penguguran beberapa nama ahli Parlimen veteran UMNO daripada menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-15, jika benar bukanlah mengejutkan sebaliknya ia sudah dijangka.

Penganalisis politik, Dr Azmi Hassan menyifatkan, tindakan itu sebenarnya selari dengan kehendak akar umbi selepas melihat pemimpin-pemimpin berkenaan tidak selari dengan parti.



Ia terutama melibatkan isu kerjasama mereka dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Selain faktor itu, UMNO dan Barisan Nasional (BN) mahu mengemukakan nama-nama calon baharu dan muda demi memenuhi kehendak rakyat.

“Mengambil kira mereka tidak selari dengan parti dan kehendak akar umbi, justeru nama-nama ini wajar digugurkan,” katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai rasa tidak puas hati penyokong-penyokong beberapa pemimpin UMNO susulan penyandang kerusi Parlimen tertentu dikatakan tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15.



Antara nama yang disebut-sebut itu ialah Tan Sri Annuar Musa (Ketereh), Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau), Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara), Datuk Seri Zahidi Zainul dan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi).

Mengulas lanjut, Azmi berkata, kalau dibandingkan dengan pengguguran nama-nama besar pemimpin Pakatan Harapan yang tidak dicalonkan seperti Wong Tack, Marina Chin, Charles Santiago dan Tian Chua, ia lebih memeranjatkan.

Ini kerana, sebab pengguguran mereka sukar dikaitkan berbanding Annuar dan Shahidan, umpamanya.

“Namun, kalau UMNO dan BN hendak mengemukakan 70 calon muda, memang ramai penyandang yang perlu digugurkan.



“Dan, pada saya lebih mudah menggugurkan nama-nama yang menentang kehendak akar umbi dan parti,” ujarnya. MG

Mereka digugurkan tak selari dengan akar umbi UMNO – Penganalisis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS

Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir



Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker