Covid-19 : 15764 kes baharu hari ini

Covid-19 : 15764 kes baharu hari ini

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 15,764 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 1,146,168 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,067 kes.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 6,067 (419,812)
WPKL – 1,536 (126,649)
Johor – 1,222 (92,950)
Sabah – 1,166 (86,889)
Sarawak – 411 (77,717)
Negeri Sembilan – 862 (73,162)
Kedah – 1,108 (48,250)
Pulau Pinang – 667 (47,252)
Kelantan – 552 (44,005)
Perak – 748 (39,120)
Melaka – 463 (32,515)
Pahang – 475 (25,587)
Terengganu – 425 (17,802)
WP Labuan – 7 (9,673)
WP Putrajaya – 46 (4,069)
Perlis – 9 (734)

Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) memutuskan pemberian vaksin secara terus atau ‘walk-in’ kepada warga emas yang belum menerima temu janji akan diperluas kepada seluruh negara bermula minggu depan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, bagaimanapun terdapat negeri yang sudah memulakan inisiatif itu dan ada yang akan bersedia menerima ‘walk-in’ untuk semua warga emas di pusat pemberian vaksin (PPV) negeri masing-masing.

Berita lanjut menyusul

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Covid-19 : 15764 kes baharu hari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ada sokongan jitu tapi takut nak berdepan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker