‘Ribut sementara’, Umno Perlis yakin akar umbi setia pada parti

‘Ribut sementara’, Umno Perlis yakin akar umbi setia pada parti

Umno Perlis yakin ahlinya di peringkat akar umbi khususnya di bahagian Arau dan Padang Besar terus setia kepada parti walaupun dua tokoh besar di kawasan tersebut tidak tersenarai sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ketua Umno Perlis, Azlan Man, berkata berdasarkan pengalaman Umno sebelum ini, ahli-ahlinya tidak akan berganjak untuk terus memberi sokongan kepada calon parti dan sebarang perbezaan pendapat yang berlaku hanyalah bersifat sementara.

Pada majlis pengumuman bakal calon BN bagi PRU15 di ibu negara malam tadi, dua tokoh politik di Perlis iaitu penyandang kerusi Parlimen Arau Shahidan Kassim dan Padang Besar Zahidi Zainul Abidin tidak disenaraikan.

Ketua Puteri Umno Zahidah Tarik Khan dinamakan akan bertanding di Padang Besar dan bekas naib ketua Umno Arau, Rozabil Abd Rahman pula di Parlimen Arau. Turut dinamakan sebagai calon di Perlis ialah Exco Pemuda Umno Fathul Bari Mat Jahya untuk Parlimen Kangar.

“Insya-Allah, kita (Umno Perlis) akan dapat hadapi ini. Apa yang akan berlaku hanya ibarat ribut sementara dan tidak akan berpanjangan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azlan yang juga menteri besar Perlis berkata, nama-nama calon yang diumumkan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi yang juga presiden Umno itu adalah sesuai jika dilihat dari segi kedudukan dan latar belakang calon yang hebat serta boleh membantu BN menang di Perlis. FMT

‘Ribut sementara’, Umno Perlis yakin akar umbi setia pada parti


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS

Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker