Ustaz Kazim doa cercaan orang ramai diganti pahala

#pru15

Ustaz Kazim doa cercaan orang ramai diganti pahala

Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim memohon cercaan hinaan terhadapnya oleh orang ramai digantikan dengan pahala.

Beliau memuat naik kenyataan itu di laman Sosial Facebooknya hari ini selepas menarik diri daripada bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Larut.



Mohd Kazim dikatakan, memaklumkan sendiri perkara itu kepada UMNO Perak pagi ini.

“Alhamdulillah. Semoga kutukan cercaan hinaan bertukar menjadi pahala. Terima kasih.

“Sayangilah pahala anda,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan perkara itu ketika mengumumkan calon BN di Perak hari ini.



Beliau turut mengumumkan pengganti Ustaz Kazim ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud. BH

Ustaz Kazim doa cercaan orang ramai diganti pahala


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS

Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir



Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker